200g makaroni
60g mentega
1 bawang besar, dicincang
2 sosej ayam, dipotong kecil
30g tepung biasa
625ml susu
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
185g keju Cheddar
1. Panaskan oven kepada 180 darjah celsius
2. Masak makaroni
3. Panaskan mentega dan gerong bawang besar dan sosej ayam. Masukkan tepung biasa, dan masak pada api kecil. Masukkan susu dengan perlahan dan gaul pada api sederhana sehingga mendidih dan pekat. Tutup api dan masukkan serbuk buah pala, gaul.
4. Masukkan makaroni dan 125g keju. Tuang ke dalam mangkuk ovenproof yang sesuai dan taburkan keju yang tinggal. Bakar selama 20 minit.

No Comments so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must log in to post a comment.